Pergigian
ContohARKA DENTAL
Landing page untuk klinik pergigian kosmetik, dengan senarai harga penuh dan kesan skrol berlapis.



Masalah
Klinik pergigian di Malaysia jarang menyiarkan harga. Pesakit yang mahu implan atau veneer terpaksa menelefon lima klinik untuk membina satu perbandingan, dan kebanyakan mereka berhenti selepas dua.
Pendekatan
Sepuluh rawatan dengan harga sebenar, bukan “bermula dari”. Kanvas hitam sepenuhnya dengan fotografi yang digred — sengaja bukan biru pucat yang hampir setiap laman klinik gigi pakai. Schema Dentist dan FAQPage supaya harga dan jawapan boleh dibaca terus oleh enjin carian dan enjin AI.
Hasil
Kos boleh dibandingkan sebelum sesiapa mengangkat telefon, dan soalan yang pesakit memang tanya sudah dijawab di halaman itu sendiri.
Butiran
- Jenis
- Landing page
- Halaman
- 1 halaman
- Panel admin
- Tiada
- Schema berstruktur
- Dentist, MedicalProcedure, FAQPage
ARKA DENTAL ialah perniagaan rekaan. Semua nama, alamat, harga dan angka di dalam demo adalah contoh, bukan rekod sebenar.